Selasa, 25 Januari 2011

Umpan Pancing Lelayang-Spey Casting-Fly Fishing

Memancing boleh dibahagikan kepada beberapa bidang seperti pancing pusing (spinning), pancing campak umpan (baitcasting), pancing layar (surfcasting), pancing layang (fly fishing) dan pancing gorila (guerilla-fishan).

I believe I can Fly-fishan
Perbezaan utama antara tatacara-tatacara pemancingan tersebut mungkin terletak pada teknik melancarkan umpan dari set joran dan kekili. Iyo la tu, jika pancing pusing, pancing campak umpan dan pancing layar, penggunaan pemberat ataupun umpan yang berat biasaklaaa untuk menarik tali kurus tatkala umpan dihumban dari set joran dan kekili. Tapi untuk pancing layangan pula, umpan tersangatlah ringannya dan penggunaan batu pulak seolah-olah haram terus. Jadi, tali khas yang berat digunakan untuk melancarkan umpan.

Bulu ayam dari bangi

Bulu sintetik dari subang

Mata merah palsu

Bulu sintetik

Gam benang

Benang hitam dan umpan siakap
Ini hari kita mau lihat umpan pancing lelayang. Biasanya umpan ini hanyalah sebutir mata kail yang dihias kaw-kaw menggunakan bulu-bulu binatang seperti ayam, rusa, serigala, babi, rusa gergasi (elk) dan lain-lain lagi. Matakail ni boleh dibuat seakan-akan makanan ikan seperti serangga, amfibia dan mamalia.

Mmegang (Ya, memang pakai 2 huruf 'm')

Mmegang dipasang di meja di Kepong

Mula-mula matakail yang nak dibuat umpan akan diletakkan atas satu alat yang mat saleh panggil 'vice'. Ya macam perkataan 'Vice Cancelor'. Jadi bolehlah kita panggil benda tu 'Pembantu'? Tak kot... Lebih sesuai, dipanggil pemegang atau mmegang dengan bunyi huruf m di dengungkan 2 harakat.

Bobbin

Lepas tu, bulu-bulu bianatang tadi diikat pada matakail dengan teknik-teknik memutar, memintal, memotong, menjilat dan macam-macam lagi. Ianya diikat menggunakan benang yang dipegang dek satu lagi alat yang mat saleh panggil 'bobbin'. Ya bobbin, bukan bobben... Mungkin sebab bila dilepaskan, benang tadi terbobbin-bobbin (tergantung-gantung). Lepas dah siap ikat umpan, gam digunakan untuk mengukuhkan ikatan benang...

Meja kerja pengikat umpan pancing lelayang...

Kami di Guerillafishan juga tidak ketinggalan dalam bidang pancing lelayang ni walaupun belum berhasil dapat ikan. Gambar-gambar umpan tadi adalah beberapa corak umpan yang dapat kami hasilkan. Setiap satu umpan memakan masa 5-15 minit saja untuk diikat. Umpan untuk siakap atas benag hitam tu je yang diberi oleh tauke kedai pancing layang kepada kami sebagai contoh yang baik untuk diikuti...

Pembikinan thorax/buntut serangga pakai jarum...

proses ikat thorax kat matakail

Serangga ekor kuning...

Ekor merah
Serangga ekor merah

Mata merah

Rempit fly mata merah

Pepatung mata merah

Melekatkan bulu pada benang (Dubbing) sebelum lilit pada matakail

Pembikinan jentik-jentik...

Jentik-jentik 1

Jentik-jentik 2

Jentik-jentik 3

Dalam pembikinan umpan-umpan ni, idea boleh dicilok dari buku, dari internet dan juga dari alam semula jadi. Janji ada gambar serangga, jadi...

Beberapa umpan atas daun

Seekor umpan atas daun...

Jadi, persediaan untuk keluar memancing layang ni memerlukan sedikit kesenian seperti silat barulah jadi. Jadi kalau tuan-tuan dan puan-puan berseni dan berminat, bolehlah cari kedai alat pancing layang seperti sebuah yang ada di Subang Jaya yang dipunyai oleh seorang bekas pemain bass guitar Headwind... Kalo kita melanggan sana, nanti dia offer ajar teknik memancing layang supaya kita boleh malayang...

Kedai ni syiok gila
En. Nahfiz, jurulatih hebat

Pancing atas padang

Dia juga ajar asas-asas untuk buat umpan. Jadi apa tunggu lagi? Tunggu cempedak jadi nangka ka mau tunggu kucing bertanduk? Jangan lembab, kasik terjun saja, pelbagaikan teknik memancing anda!!!

0 komentar:

Poskan Komentar

 

Search

Memuat...

IKLAN

CLOCK

Diberdayakan oleh Blogger.

Followers

PLEASE TRANSLATE HERE

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : AFC

VISITOR

VISITOR FLAG

free counters

Total Tayangan Laman

© 2010 AFRI COLLECTION Blog Pemancing Design by Dzignine
In Collaboration with Edde SandsPingLebanese Girls